Friday, February 6, 2009

Lets Begin Our Journey


Setelah diajak oleh azra'ie beberapa kali untuk menjadi blogger, aku pun memulakanlah perjalanan Blog ini. aku minta azra'ie tolong uruskan registration blog, setting dan sebagainya. dia pun setuju untuk membantuku tanpa sebarang bayaran. huhu. Aku telah menyerahkan diriku pada para bloggers yang aku kenali untuk mengajar dan mendidik aku menjadi bloggers yang mahir, tangkas dan rajin. huhu. aku ni jenis malas IT.
Tidak disangka blog aku ini lahir ketika terjadinya peristiwa pembantaian ummahku di Gaza. Moga Allah SWT memberikanku ilham untuk memikirkan cara-cara yang terbaik dan berkesan dalam membantu saudaraku dengan cara-cara yang baru dan efektif, sesuai dengan diriku ini. Ameen ya Rabb!! Kau berikanlah ku ilham dan kekuatan.
Aku asalnya tengah membangunkan wesite TEMAN DI JALAN. Sebelum ini aku sangat berharap dapat melancarkan website TEMAN DI JALAN ku itu pada Sambutan Eidul Adha kerana Eidul Adha bagiku adalah suatu yang sangat besar dan bermakna, namun telah pun terlepas. Ada masalah teknikal sedikit. Moga website aku ni dapat dilancarkan pada 2-3 Bulan yang akan datang. ameen.

0 comments:

Post a Comment

Slider